Tuesday 29 March 2016

Keajaiban Kejadian Haiwan

       Al-Quran meletakkan haiwan pada kedudukan yang lebih rendah berbanding manusia dan mempunyai kecenderungan terhadap antroposentrisme. Oleh itu, al-Quran menyeru setiap manusia untuk memperlakukan haiwan dengan rasa belas kasihan dan tidak menganiaya mereka. Haiwan dan tumbuh-tumbuhan juga dipercayai sentiasa memuji Allah SWT walaupun perkara ini tidak dinyatakan sebagaimana yang manusia lakukan. Antara haiwan haiwan yang disebut dalam Al-Quran ialah unta, lalat, lebah, labah labah dan keunikan migrasi burung. Allah mencipta tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air maka sebahagian dia antara mereka menjalar atas perutnya dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Al-Quran membahagikanbinatang kepada beberapa bahagian:

        - An'am: binatang-binatang ternakan
        - Bahimatul-an'am: binatang peliharaan yang boleh dimakan yang melata di bumi
        - Daabah: Semua jenis binatang yang kecil dan besar.
        - Subu': Binatang-binatang buas termasuk jenis burung seerti helang.

                                                      
Kejadian Unta

  Allah meminta kita melihat unta. Dalam Al-Quran, ada dorongan yang begitu jelas tentang itu

Firman Allah dalam Surah Al Gashiyyah: Ayat 17 
"maka apakah mereka tidak memerhatikan unta bagaimana ia diciptakan?" 

 Jika wujudnya dorongan sedemikian daripada Allah, sudah pasti itu adalah sesuatu yang pentung. Maha suci Allah yang tidak akan meletakkan sesuatu yang tidak berfaedah di dalam Al-Quran yang begitu agung dan mulia. Seperti mana yang kita ketahui sudah pasti ada kebaikan, pengajaan dan manfaat daripada dorongan tersebut.

Keajaiban Unta: 

- Bulu unta yang tebal bukan sahaja melindungi daripada suhu panas dan sejuk ianya juga mencegah tubuhnya  kehilangan air.

 - Bulu yang panjang pada hidung dan telinganya sebagai perisai daripada pasir dan debu padang pasir.

 - Mampu menghabiskan 30-50kg makanan sehari jika ada makanan dan mampu bertahan hanya makan 2kg rumput sebulan bila kekurangan makanan

 - Dapat hidup tanpa makanan dan air selama 8 hari di bawah suhu 50 darjah celcius.

 - Unta dapat meneguk air sebanyak 130 liter dalam jangkamasa 10 minit.

  Pengajaran daripada keajaiban kejadian unta ialah Allah itu Maha Pencipta. Jangan diragui dan disangsikan lagi. Penciptaan Allah bukan sahaja yang melibatkan soal soal yang dapat dilihat dengan mata kasar. malah juga perkara-perkara ghaib.


Kejadian Lebah

  "Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, "Buatlah sarang sarang di bukit-bukit, di pohon pohon kayu, dan di tempat tempat yang dibuat oleh manusia" Kemudian makanlah daripada buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan."
Surah AN-Nahl: Ayat 68-69

    Menarik untuk dicermati bahawa lebah menyimpan madu jauh lebih banyak dari yang sebenarnya mereka perlukan. Lebah memghasilkan madu bukan untuk diri mereka sendiri malah juga untuk manusia. Sebagaimana makhluk lain di alam, lebah juga mengabdikan diri untuk melayani manusia sama seperti ayam yang bertelur setidaknya sebiji setiap hari sungguhpun ia tidak memerlukannya dan lembu yang menghasilkan susu jauh melebihi keperluan anak-anaknya.

Keajaiban Lebah
  •  Tahap kelembapan dan sistem pengudaraan  
Kelembapan sarang sangat penting bagi menghasilkan madu yang kualiti tinggi. Pada kelembapan yang terlalu tinggi atau rendah, madu yang dihasilkan akan rosak serta kehilangan kualiti  dan zatnya. Suhu yang diperlukan adalah 35 darjah Calcius. 
  • Reka Bentuk Sarang Lebah
Sarang yang dibina lebah dapat menampung 80 ribu lebah. Sarang lebah dibina menggunakan lilin lebah. Lebah menggunakan struktur heksagon untuk membina sarang mereka. 
  • Cara Menentukan Arah
Lebah kebiasaannya mencari makanan dan mengumpul debunga. Seekor lebah yang menemui bunga akan kembali ke sarang dan memaklumkkan kepada lebah yang lain mengenai bunga yang ditemui dengan tarian yang berbentuk angka "8" dengan mengibas ngibaskan ekor dan bergerak zig-zag. Tarian ini untuk memaklumkan mengenai sudut, arah, jarak dan lokasi bunga yang ditemui.
  • Keajaiban Madu 
Madu merupakan sumber makanan yang penting yang disediakan Allah untuk manusia melalui Lebah. Madu mengandungi gula seperti glukosa dan fruktosa serta mempunyai mineral seperti magnesium, kalium, kalsium natrium dan lain lain. Madu juga mengandungi Vitamin B1, B2, B3, B6 dan C.

Firman Allah dalam al-Quran: "madu adalah ubat bagi manusia" 

Berdasarkan Firman Allah tersebut kebanyakan doktor di dunia ini menyatakan bahawa madu lebah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit seperti saki kulit, demam, batuk dan lain-lain. 


Kejadian Labah-Labah

Al- quran mengabdikan labah-labah dengan meletakkannya sebgai satu nama surah yang bernam Al Ankabut. Labah-labah mampu mennagkap mangsanya yang sedang terbang tinggi dari jarak setengah meter lebih. Secara logiknya, labah-labah ini tidak terfikir untuk mata tambahannya mampu memberi kemudahan kepadanya lalu ia kemudian menggunakan kemudahan tersebut dengan keseluruhannya.

Firman Allah dalam Surah AL-Ankabuut: Ayat 41

"Misal bandingan oran-orang yang menjadikan benda benda yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolonganNya) adalah seperti labah labah yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungan). Padahak sesungguhnya sarang sarang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan."


Keajaiban Labah-Labah

- Labah labah adalah serangga pemangsa yang berjaya dalam alam haiwan. Kaki labah-labah boleh menjangkau mana-mana permukaan, taring mereka dengan racun menghakis dan mereka rahsiakan bahan yang sangat melekat dan lebih kuat daripada keluli.
- Sarang labah-labah merupakan keajaiban reka bentuk yang tersendiri. Ia direka dengan rancangan tersendiri dan teknik perhintungannya.
- Labah-labah merupakan seekor binatang yang tidak berakal dan mampu membina tempat perlindungan berpuluh kali ganda lebih besar daripada saiz badan sendiri tanpa alat bantuan manusia.
- Benang yang digunakan labah-labah juga luar biasa. benang labah-labah 5 kali lebih kuat dari serat besi waja dengan ketebalan yang sama. Ianya mempunyai 150 ribu kilogram permeter persegi. Jika seutas tali bergaris tengah 30cm terbuat daopada benang labahlabah, ian akan mampu menahan berat 150 buah kereta. Siantis menggunakan benang labah-labah sebagai model ketika membuat bahan yang dinamakan kefla yang digunakan dalam penghasilan baju kalis peluru.


Kejadian Lalat

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan deengan memuntahkan air liur dan menyedutnya kembali bersama makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ke tempat yang kotor.


Firman Allah dalam Surah Al-Hajj: Ayat 73-74

"Hai manusia telah dibuat perumpamaan, maka dengarkanlah olehmu perumpamaan itu. Sesungguhnya segala yang kamu seru selain ALllah sekali-kali menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka tiadalah mereka dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Amat lemahlah yang menyembah dan amat lemah (pulalah) yang disembah. Mereka tidak mengenal Allah dengan sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah benar -benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

  Perumpamaan yang diketengahkan dalam ayat ini menunjukkan betapa lemahnya berhala-berhala yang disembah orang-orang kafir. Kebodohan orang kafir itu menyebabkan mereka masih mengharapkan berhala-berhala yang lemah itu. Allah SWT mendatangkan perumpamaan ini supaya mereka berfikir bagaimana tuhan tuhan mereka sembah tidak mampu untuk mencipta walau seekor lalat sekalipun.

Keajaiban Lalat

-  Manusia tidak akan berjaya menghalang lalat yang mengambil sesuatu atau menghinggap pada mana-mana tempat.
- Lalat tidak tebang dalam keadaan lurus. Lalat dapat ke mana sahaja yang dikehendakinya dengan melakukan gerakan yang lincah.
- Ia dapat mendarat di atas sebarang permukaan walau seskuar mana sekalipun permukaan tersebut.


Migrasi Burung.

Firman Allah dalam Surah Al-Mulk: Ayat 19

"Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung0brung yang terbang di atas itu mengembangkan dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) AllahYang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu."

Jika kita perhatikan alam ciptaan Allah ini, berbagai bagai pengajaran dapat kita teadani daripada kejadian alam. Burung jika diperhatikan dari kawasan yang bermusim dingin akan sentiasa berhijrah ke kawasan yang lebih panas. Memang sudah menjadi lumrah alam penghijrahan tersebut dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan memiliki ketua, serta sekumpulan burung ini turut berhijrah mengikut formasi ini menghasilan satu bentuk aero-dinamik yang membahagikan rintangan angin kepada setiap ahli burung sekaligus memudahkan penghijrahan jika dibandingkan dengan penghijrahan berseorangan.
  Jika dilihat umat Islam hari ini jelas sekali terumbang-ambing. Kita terlalu mengikut ideologi yang dilaungkan musuh-musuh kita sehinggan isu-isu besar yang menyentuh agama kita sekalipun tidak diendahkan. Kiat umat Islam hari ini seolah olah hilang kesepaduan di kalangan kita sendiri. Menyikap kembali zaman kegemilangan Islam di kala dahulu, seluruh umat Islam di seluruh dunia disatukan di bawah satu pemerintahan dan ketaatan setiap rakyat ditujukan kepada satu khalifah. kesepaduan di saat itu amatlah jelas dan kukuh.

  Jika burung yang tidak berakal boleh bersepadu berhijrah dengan hanya satu ketua, kita sebagai mat Islam yang dikurniakan akal ayuh sama sama membina kekuatan ukhuwwah di antara kita. Sedarlah perselisihanlah yang menyebabkan kita berpecah belah.


Rumusan

  Allah SWT Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana menjadikan alama dan segala isi kandungannya untuk dimanfaatkan oleh manusia. Segala makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dalam alam ini mengikut ketentuan-Nya yang tidak boleh ditafsirkan oleh manusia. Semua alam cakerawala yang ada di langit dan segala makhluk yang terdapat di bumi dijadikan untuk membantu manusa menjalankan aktiviti dalam kehidupan harian. Kejadian alam merupakan ketetapan Allah SWT yang azali. Ia merupakan anugerah-Nya kepada semua makhluk yang hidup di bumi ini.

Hadis Riwayat Ahmad dan disahihkan oleh Al-Arnauth:
  "Kami pernah bersama Rasulullah SAW dalam suatu safar, lalu baginda pergi untuk suatu keperluan, waktu itu kami melihat burung pipit bersama dengan kedua anaknya, kami ambil kedua anaknya tersebut lalu datanglah ibunya. Dia mengepak-ngpekakan sayapnya. Ketika Rasulullah SAW datang, baginda bertanya "Siapa yang membuat risauburung ini terhadap anaknya? Kembalikan anaknya kepadanya!" Baginda juga pernah melihat sarang semut yang dibakar kami, lalu baginda bertanya: "Siapa yang membakar ini?" kami menjawab: " kami" lalu Baginda bersabda: " Tidak seyogianya mengazab dengan api kecuai Rabbnya api."



Rujukan:

 -  genta-rasa.com
 -  al-muqorrobun.blogspot.com
 -  mindakini.com










DUA 2012: SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


PENSYARAH: EN ALI BIN WAN CHEE



AHLI KUMPULAN:


  NAMA: IRSYAD MARZUQI B ABD HAMID
 
  NO. PENDAFTARAN: 10DKM15F1067

  ASAL: TELUK INTAN, PERAK















  NAMA: AZMAN FAIZ BIN AMANULLAH

  NO PENDAFTARAN: 10DKM15F1019

  ASAL: BAYAN LEPAS, PULAU PINANG















         NAMA: MUHAMAD RAFEE AL-FATAH BIN YAAKOB
        
         NO. PENDAFTARAN: 10DKM15F1131

         ASAL: MANJUNG, PERAK















NAMA: MOHAMAD FAKHRUL RADZI BIN AHMAD

NO PENDAFTARAN: 10DKM15F1091

ASAL: KUALA MUDA, PULAU PINANG